Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas didakwa dihanyutkan arus semasa menyeberangi Sungai Mas di Sungai Lembing di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa dikenali sebagai Suprianto, 43, yang berasal dari Bojonegoro didakwa turun ke sungai sekitar 4 petang.

“Berdasarkan keterangan saksi yang sedang memancing, mangsa dilihat terkapai-kapai semasa hampir sampai di tebing sungai sebelum dihanyutkan arus.

“Saksi itu tidak dapat membantu mangsa kerana arus sungai terlalu deras ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lepas,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan petang tadi melibatkan pencarian di permukaan air memandangkan keadaan sungai masih berbahaya.

SAR ditangguhkan pada 6.30 petang tadi kerana cuaca gelap dan akan bersambung esok. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast