Syed Ibrahim Syed Ahmad menyerahkan kupon makan kepada calon SPM di SMK Kerdau

TEMERLOH –  Seramai 82 calon Sijil Pelajaran Malaysai (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerdau, Temerloh mendapat tajaan kupon makanan semasa peperiksaan berlangsung nanti.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, sebanyak RM3,259 disalurkan kepada pelajar di sekolah berkenaan bagi meringkan beban mereka.

”Kupon makan ini bagi meringankan beban pelajar, selain sebagai sokongan moral dan semangat kepada anak-anak sepanjang SPM berlangsung.

”Mereka bakal menerima kupon untuk diguna menampung keperluan makan sewaktu rehat ketika mereka mengambil peperiksaan,” katanya.

Difahamkan kupon bernilai RM5 itu akan diterima calon pada setiap hari peperiksaan mereka terlibat mengikut jadual masing-masing.

”Pelajar SPM akan tukar kupon berkenaan di kantin dengan makanan yang dijual. Serahan kupon sudah diberikan kepada pihak sekolah semalam.

”Mereka sudah pasti mempunyai wang saku dari rumah lagi ketika hadir ke sekolah. Namun kopun ini sekadar menampun bagi anak-anak yang memerlukan,” katanya.

Untuk rekod, seramai 20,270 calon SPM 2023 membabitkan 258 pusat peperiksaan di Pahang memulakan kertas peperiksaan bertulis bermula 30 Januari ini. – MalaysiaGazette