Keratan layar video yang dikongsi oleh pasangan pelancong di YouTube.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sedang melakukan siasatan terperinci bagi menyiasat dakwaan tindakan anggota trafik menawarkan bayaran saman ke atas pasangan warga United Kingdom yang dalam jelajah di Malaysia.

Ia susulan tular video kejadian itu di platform ‘Tread the globe’ .

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Komisioner Polis, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tidak tepat dan sesiapa yang mempunyai malumat dengan kejadian tersebut diminta menghubungi bilik gerakan JSPT di talian 03-22663356 atau emel [email protected].

Katanya, JSPT akan memaklumkan semula hasil siasatan jika ada perkembangan terkini. – MalaysiaGazette

Pelancong rakam polis tawar diskaun saman trafik di lokasi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast