sedekah fadhli shaari
Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang membayangkan pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) dialu-alukan Pas.

Ini akan memudahkan orang Melayu membuat pendirian awal, kata Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, beliau selaku orang luar sangat setuju dengan bayangan diberikan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika Konvensyen PH Perak di Ipoh semalam.

“Selaku orang luar, saya sangat-sangat bersetuju dengan pengumuman ini. Walaupun PRU16 masih lambat lagi, tetapi hala tuju telah dinyatakan awal, iaitu kekal hingga selepas PRU16 menuju PRU17.

“Justeru, orang Melayu boleh buat kesimpulan mudah bagi menentukan pendirian mulai sekarang lagi. Kerjasama ini bukanlah sementara sahaja kerana ‘titah Agong’ tetapi lebih daripada itu lagi,” katanya di Facebook.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast