Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Tempoh lima tahun Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah AlMusta’in Billah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kebijaksanaan baginda melaksanakan hak Perlembagaan walaupun penuh dengan liku dan cabaran seperti Covid-19 dan kemelut politik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, partinya menjunjung kasih kepada Al-Sulltan Abdullah.

“Negara dan rakyat sudah pasti terhutang budi Ke Bawah Duli Tuanku yang penuh dengan hikmah dalam memerintah watan. Pastinya tercatat dalam tinta sejarah negara bahawa dalam era pemerintahan Tuanku, Malaysia mampu dikemudi dengan jayanya
dan terus dihormati di persada dunia.

“Dirgahayu Tuanku yang akan kembali bersemayam sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur,” kata Timbalan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, UMNO juga menyembah takzim ke bawah Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar yang akan dimasyhurkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

“Berbekalkan pengalaman luas Baginda Tuanku dalam pemerintahan, semoga Malaysia akan terus gemilang dan maju jaya hendaknya.

“Daulat Tuanku, payung negara tempat teduhan rakyat jelata,” kata kenyataan yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast