Mayat seorang wanita warga Indonesia yang ditemui di tangga tepi lif di perumahan Desa Mentari, Sungai Way, Petaling Jaya 29 Januari lalu.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menyelesaikan satu kes pembunuhan kejam seorang wanita warga Indonesia di Desa Mentari Court, Petaling Jaya 29 Januari lalu.

Sumber polis memberitahu MalaysiaGazette, suspek disyaki teman lelaki kepada mangsa  berusia sekitar 25 tahun itu telah berjaya ditembak mati semasa serbuan pada lewat petang tadi.

“Suspek telah cuba menyerang pasukan polis ketika membuat serbuan untuk menangkap suspek sebelum polis menembak mati lelaki tersebut,” katanya lagi.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian dan menurutnya kenyataan penuh mengenai kes itu akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menerusi kenyataan  memberitahu  pada Isnin lalu pihaknya menerima panggilan dari lelaki tempatan tentang penemuan wanita warga Indonesia berusia sekitar 20-an dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan di badannya di tangga tepi lif di dalam perumahan Desa Mentari, Sungai Way, Petaling Jaya.

“Pemeriksaan pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Pasukan Perubatan Hospital Sungai Buloh dibantu Pasukan Patalogi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah dikejarkan ke lokasi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kecederaan pada bahagian leher, dada dan kedua belah tangan mangsa,” katanya sambil menambah is diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sejak Isnin La Luna, USA has mengesan suspek yang bertanggungjawab di sebalik kejadian itu telah diperhebatkan oleh polis.-MalaysiaGazette