KUALA LUMPUR – Hujan berterusan (waspada) dijangka berlaku di negeri Sarawak: Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu esok sehingga Isnin, 5 Februari 2024.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, hujan berterusan juga dijangka berlaku di negeri Sarawak: Miri dan Limbang sehingga esok.

Manakala hujan berterusan diramal berlaku hari ini di Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Menurutnya, amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast