Pertemuan Tyzo dengan pengurusan tertinggi Media Prima Audio, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo kembali mencuri tumpuan apabila dikatakan bakal menyertai Media Prima Audio (MPA) selepas pertemuan dengan pengurusan tertinggi stesen terbabit baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran bagaimanapun menjelaskan pertemuan itu apabila berkata, pihaknya hanya terserempak bertembung dengan Tyzo atau nama sebenar, Tuah Zolqarnain Idris di satu lokasi.

“Terserempak. Nak check (periksa) siapa nampak lagi muda. Beza setahun sahaja. Salam kenalan bro Tyzo Xander,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Nazri turut membuat naik gambar mereka bersama Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Sebelum ini, stesen radio Hot FM milik MPA membuat kaji selidik dalam kalangan pendengar selepas personaliti penyiaran berdua 48 tahun itu ditamatkan kontrak dari Suria FM secara mengejut.

Begitupun, selepas itu bahagian Jenama & Komunikasi MPA menyatakan tiada perancangan mengambil penyampai radio baharu kerana hantaran dibuat sekadar pertanyaan spontan.

Pada masa sama, rata-rata pendengar Hot FM menyatakan akan terus memberi sokongan padu sekiranya stesen terbabit mengambil Tyzo untuk bersiaran.

Selain rangkaian di bawah MPA, difahamkan beberapa saluran lain juga dikatakan sedang merisiknya ketika ini.

Terdahulu, penerima trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Ke-35 baru beberapa hari kembali ke tanah air selepas dua minggu mengerjakan umrah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast