LONDON- Manchester City kembali ke tangga kedua Liga Perdana selepas menewaskan Brentford 3-1 di tempat lawan awal pagi tadi.
Phil Foden menjaringkan tiga gol untuk juara bertahan itu bangkit mencatat setelah ketinggalan pada awal permainan.
Neal Maupay meletakkan The Bees di depan pada minit ke-21, namun Fodem menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak pertama.
Pemain England berusia 23 tahun itu menambah dua lagi jaringan pada babak kedua sekali gus memastikan The Citizen pulang ke Manchester dengan tiga mata.
Kemenangan itu membolehkan City kini hanya dipisahkan dua mata di belakang pendahulu liga, Liverpool namun beraksi kurang satu perlawanan.
Arsenal walaupun memiliki jumlah mata sama dengan City iaitu 49, berada di tempat ketiga kerana kelebihan gol dimiliki skuad Pep Guardiola. – Agensi