KUALA LUMPUR – harga runcit petrol RON97, 95 dan diesel kekal masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM15 seliter untuk tempoh 8 hingga 14 Februari ini.

Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Harga runcit produk petroleum secara mingguan ditetapkan dengan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast