Orang ramai dinasihat berhati-hati sepanjang musim tengkujuh ini.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, negeri terbabit ialah Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Selangor (Hulu Selangor).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir jangka pendek itu sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette