SEGAMAT – Sebuah tokong berusia 64 tahun di Jalan Genuang, di sini, terbakar malam tadi.
Pasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera sebaik panggilan diterima pada jam 8.25 malam.
Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Mazuki Ismail berkata, dalam kejadian itu, enam peratus Tokong Ci Guang Ting musnah membabitkan bahagian hadapan dan bumbung bahagian hadapan.
“Petugas tokong yang tiba di lokasi telah membantu membantu memadamkan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api dan getah paip dan dipadamkan sepenuhnya oleh anggota Bomba yang tiba sehingga selesai,” katanya menerusi kenyataan
Menurut Mazuki, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan pihaknya. – MalaysiaGazette