Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – RHB Investment Bank Research mengekalkan unjuran harga minyak mentah Brent antara AS$80 hingga AS$85 setong pada tahun ini hingga 2026.

Firma penyelidikan ini berkata, ketegangan geopolitik yang meningkat baru-baru ini sepatutnya menyokong harga minyak dalam jangka sederhana, tetapi mungkin akan menyebabkan harga kembali normal pada separuh kedua 2024.

Ini kerana ia mengandaikan ketegangan yang berlaku tidak meningkat lebih ketara.

Menurutnya, gangguan akibat krisis Laut Merah menjejaskan aliran perdagangan, mencetuskan peningkatan kos pengangkutan dan insurans serta laluan perkapalan yang lebih panjang.

Ia berkata, Eropah juga mengimport lebih banyak produk minyak mentah dari Amerika Syarikat (AS) dan Afrika Barat kerana aliran perdagangan dari Asia dan Timur Tengah ke Eropah sedang terganggu.

“Dalam tempoh terdekat, kita mungkin melihat harga produk tertentu melonjak.

“Dalam jangka panjang, kita mungkin terus melihat pengimport minyak utama Asia mempelbagaikan sumber import untuk memastikan bekalan bahan mentah tidak terganggu,” katanya.

RHB berkata Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menjangka purata pengeluaran pada 12.9 juta tong sehari (+9% atau +1 juta tong sehari ) pada 2023, dan pada 13.1mbpd (+1% atau +0.2mbpd) pada 2024,” katanya.

Jangkaan ini memberi bayangan sedikit penyederhanaan daripada data terkini, sebelum lonjakan kepada rekod tertinggi baharu pada Februari 2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast