KUALA LUMPUR – Pahang berjaya menurunkan kepada 1,946 orang pada 31 Disember 2023, pengurangan sebanyak 60.8 peratus berbanding 4,968 yang direkodkan pada 3 Januari 2023.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kejayaan hasil berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memberi pelbagai bentuk bantuan, sumbangan dan inisiatif serta projek-projek pembangunan yang secara langsungnya membuka peluang-peluang pekerjaan yang meningkatkan sosial ekonomi rakyat.
“Saya berkeyakinan menerusi usaha berterusan ini jumlah miskin tegar di Pahang akan dapat dikurangkan pada masa akan datang,” katanya dalam hantaran di Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, Kuantan semalam.
Mengulas mengenai pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), beliau berkata, hanya 184,822 orang yang telah mengemas kini data peribadi.
“Oleh yang demikian, saya menyeru mereka yang masih belum mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam sistem PADU agar dapat berbuat demikian sebelum 31 Mac 2024 ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette