Thaksin Shinawatra

BANGKOK – Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dijangka dibebaskan esok, 18 Februari, kata Perdana Menteri Srettha Thavisin.

Sputnik melaporkan Thaksin yang menjalani hukuman penjara setahun atas tuduhan rasuah, akan dibebaskan dengan parol.

“Bekas menteri besar, Thaksin Shinawatra akan dibebaskan secara parol pada 18 Feb. Pembebasannya berlaku mengikut undang-undang dan prosedur undang-undang yang berkuat kuasa di bawah sistem Kementerian Kehakiman,” kata Srettha pada taklimat yang disiarkan oleh saluran TV Thairath.

Keputusan parol Thaksin dibuat mengambil kira usia Thaksin, 74 tahun, dan mengalami penyakit kronik yang teruk.

Thaksin berada dalam buangan selepas rampasan kuasa tentera pada September 2006 dan berdepan dengan beberapa siri kes jenayah terhadapnya atas tuduhan rasuah.

Pada 22 Ogos 2023, Thaksin kembali ke Thailand dan kemudian dimasukkan ke hospital pada hari yang sama dia tiba di Bangkok.

Pada 1 September lalu, Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn memberinya pengampunan separa, mengurangkan hukuman daripada lapan tahun kepada satu tahun. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast