logo gari
Gambar hiasan.

BALIK PULAU – Polis menahan seorang lelaki, Khamis lepas dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM97,000 dalam kejadian, di sini, baru-baru.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di sini oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya hasil maklumat awam dan risikan.

“Lelaki itu dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan yang memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pihak Pos Laju dan pegawai polis secara dalam talian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat enam transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM97,000 sebelum menyedari telah menjadi mangsa sindiket penipuan dan kemudian membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast