Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan awam maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium di Cheras. di sini.

Difahamkan, mangsa adalah penjawat awam yang berkhidmat di sebuah agensi di ibu kota dan pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 9 tadi.

“Mangsa berusia 40 tahun itu ditemukan terbaring di kaki lima di kediaman berkenaan oleh pengawal keselamatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terdahulu, tular beberapa gambar memaparkan mangsa ditemukan di tingkat bawah kediaman berkenaan. – MalaysiaGazette