Kredit FB Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap ahli-ahli pesuruhjaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Istana Negara.

Pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada ahli-ahli suruhanjaya itu yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pada 14 Februari lalu, Sultan ibrahim berkenan melantik tujuh pesuruhjaya yang turut dianggota timbalan pengerusi bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Datuk Zainun Ali s

Ahli lain termasuk Pengamal Undang-Undang Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu; bekas Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Prof. Dr. Johan Shamsuddin Sabaruddin dan Pakar Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran Prof. Datin Dr. Faridah Jalil.

Turut dilantik Pegawai Kewangan Negeri Johor Datuk Mohammed Ridha Abd. Kadir dan Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia, Dickson Dollah.

Manakala Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Zamri Misman sebagai Setiausaha RCI.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pula akan bertindak sebagai urus setia.

Pada 23 Mei 2018, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak ke atas Pulau Batu Puteh manakala Batuan Tengah diserahkan kepada Malaysia.

Kedudukan Tubir Selatan yang terletak kira-kira empat kilometer dari Batu Puteh akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya. – MalaysiaGazette