Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga pukul 7 malam ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan pukul 3.25 petang, MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Kedah (Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak, Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) dan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur serta WP Putrajaya.

Selain itu, Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) dan Johor (Batu Pahat dan Pontian) turut dijangka cuaca yang sama.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – MalaysiaGazette