Anwar mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kedua bagi tahun ini. Gambar: Facebook Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali kedua bagi tahun ini membincangkan dan meneliti pelbagai perkara secara bersama.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mesyuarat yang berlangsung semalam itu dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, isu kebajikan rakyat turut menjadi fokus kerana ia merupakan keutamaan Presiden parti.

“Banyak isu-isu semasa yang kami bincang dan teliti bersama.

“Isu kebajikan rakyat sering menjadi keutamaan oleh YAB Presiden,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast