Gambar hiasan.

JEMPOL – Keseronokan dua beradik mandi di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir bertukar tragedi apabila kanak-kanak lelaki berumur empat tahun maut dihempap sebatang pokok pada kejadian kira-kira 1.17 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan dada manakala kakak mangsa berusia sembilan tahun masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak itu memaklumkan dia telah membawa dua anaknya mandi di kawasan tersebut kira-kira 1 tengah hari tadi.

“Ketika itu anaknya sedang mandi di kolam kanak-kanak kemudian bergerak ke arah bapanya yang berada di kawasan jeram.

“Semasa sedang berjalan ke arah bapanya, tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap mangsa. Kedua-dua mangsa dihempap tetapi pada jarak berbeza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast