GEORGE TOWN – Pengguna Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai dinasihatkan supaya merancang perjalanan susulan penutupan lorong tengah dan kanan di jambatan itu pada Sabtu dan Ahad ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, penutupan itu bermula jam 10 malam pada 2 Mac hingga 9 pagi keesokannya dengan membabitkan laluan antara Kilometer (KM) 8.0 hingga KM7.0.

“Ia dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan penyambung jambatan di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai.

“Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihati supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapat maklumat trafik terkini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah kenyataan itu, pengguna juga dinasihatkan mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

“Pengguna lebuh raya boleh mendapat maklumat trafik terkini menerusi Chatbot PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, Aplikasi PLUS, Papan Tanda Elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

“Mereka juga boleh hubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000 bagi mendapat maklumat trafik atau mendapatkan bantuan kecemasan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast