Rakaman video yang memaparkan seorang lelaki berpakaian T dan mengenakan pelitup muka cuba memecahkan tabung sebuah surau di Kluang, Johor.

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang mengesan seorang suspek yang melakukan pecah tabung di surau Taman Kluang Indah, Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan berkaitan kejadian itu.

“Bagaimanapun pihak polis sedang mengesan suspek,” katanya.

Sebelum ini, tular rakaman video yang memaparkan seorang lelaki berpakaian T dan mengenakan pelitup muka cuba memecahkan tabung sebuah surau.

Dalam video itu suspek berjaya membuka peti simpanan surau berkenaan dan mengambil wang tersebut. – MalaysiaGazette