Shehbaz Sharif (Foto: Violaine Martin/UN Photo/dpa)

KARACHI (Pakistan) – Parlimen Pakistan pada Ahad memilih Shehbaz Sharif sebagai perdana menteri ke-24 negara itu untuk penggal kedua, tiga minggu selepas pengundian pada 8 Feb, lapor Agensi Anadolu (AA).

Shehbaz ialah adik kepada Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Nawaz Sharif yang sebelum ini pernah menjadi perdana menteri sebanyak tiga kali.

Beliau memperoleh 201 undi di Dewan Rakyat untuk mengalahkan pesaingnya Omer Ayub Khan dari Parti Tehreek-e-Insaf (PTI) iaitu parti bekas perdana menteri Imran Khan.

Omer Ayub Khan sekadar memperoleh 92 undi.

Calon memerlukan sekurang-kurangnya 169 undi dalam dewan yang mempunyai 336 ahli.

Shehbaz dijangka mengangkat sumpah jawatan pada Isnin.- BERNAMA-ANADOLU

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast