KUALA LUMPUR – Seorang pekerja lombong maut dalam kejadian tanah runtuh di Lombong Lion Mining, Jalan Sungai Kelambu, Banting, Selangor, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.34 tengahari.

Susulan itu, sepasukan anghota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting digegaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi mendapati, seorang lelaki warga tempatan ditemui tertimbus sehingga paras dada.

“Kemudian anggota segera mengeluarkan mangsa yang berusia 38 tahun dengan mengambil masa kira- kira 15 minit.

“Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),”katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, mayat mangsa telah serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette