Dewan Rakyat
Undang-undang anti-lompat parti yang bertujuan untuk menghalang episod pengkhianatan dan tebuk atap seolah-olah tidak bermakna.

KUALA LUMPUR – Sesi berbahasan usul menjunjung kasih keatas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat hari ini terhenti seketika berokutan kehadiran Ahli Parlimen tidak cukup korum.

Ia menyebabkan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) mengakhiri sidang perbahasan tersebut dan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) bingkas bangun membangkitkan isu tidak cukup bilangan Ahli Parlimen untuk bersidang.

“Peratutan mesyuarat Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 13(1) tidak cukup bilang, di mana 26 Ahli Parlimen tidak ada, sekarang hanya ada 15 Ahli Parlimen sahaja,” jelas Kalam.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng kemudiannya mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat agar membunyikan loceng bagi memanggil Ahli-ahli Parlimen kerajaan bagi memasuki Dewan agar sidang dapat diteruskan.

Nordin meminta semua Ahli Parlimen agar merujuk kepada Alice mengapa sidang dihentikan.

“Rujuk yang dipertua tanya, kita bangkitkan sahaja,” kata Nordin.

Alice kemudiannya memberitahu Dewan Rakyat bahawa selepas loceng dibunyikan, sebanyak 29 Ahli Parlimen berada dalam dewan dan persidangan diteruskan.

“Terdapat 29 Ahli Parlimen di dalam dewan, jadi cukup bilangan. Saya teruskan dengan meminta Ahli Parlimen Kota Melaka untuk berbahas,” ujar Alice. – MalaysiaGazette