Bekas pegawai khas mantan perdana menteri dirakam keterangan berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada pendakwah selebriti

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor dengan kerjasama Unit Integriti Jabatan Imigresen Negeri Johor menahan tiga pegawai imigresen dan dua orang awam kerana kesalahan meminta dan menerima rasuah.

Menurut sumber, kelima-lima suspek iaitu empat lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 35 hingga 46 tahun.

Tiga pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dan dua orang awam tersebut ditahan kira-kira 5 petang hingga 11 malam semalam secara berasingan di Pejabat SPRM Johor dan Larkin di sini.

Difahamkan, pasukan integriti Jabatan Imigresen Negeri Johor telah membuat pemeriksaan pematuhan integriti berkala di LTAS dan telah memeriksa telefon bimbit milik pegawai yang sedang bertugas dan telah menjumpai beberapa pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp dalam telefon bimbit pegawai terbabit.

“Ia mengandungi penawaran dan penerimaan wang rasuah daripada warga asing yang ingin memasuki Malaysia melalui pegawai-pegawai imigresen itu bagi membantu menerima masuk warga asing tanpa melalui proses dan prosedur yang betul mengikut Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bil 03 Tahun 2019 dan Akta Imigresen 1956/63,” kata sumber itu hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast