Zambry Abdul Kadir makan setalam bersama warga kampus dalam program perkongsian di PITAS, Unimas, Sarawak.

KUALA LUMPUR – Institut Pengajian Tinggi Sarawak menerima peruntukan tambahan sebanyak RM8.6 juta untuk 32 projek termasuk kerja-kerja naik taraf, penyelenggaraan, penggantian dan pemasangan di fasiliti kolej kediaman, bilik kuliah, dan kemudahan
IPT.

Peruntukan termasuk kerja naik taraf bagi penyediaan kemudahan untuk warga orang kelainan upaya (OKU) ini diumumkan Program Semarak Kampus Madani berlangsung di Sarawak bermula 5 hingga 6 Mac lalu.

Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menerima peruntukan terbesar sebanyak RM4.8 juta diikuti UiTM Cawangan Sarawak dengan RM2 juta.

Buat julung kalinya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menerima peruntukan penyelenggaraan fasiliti usang melibatkan tiga politeknik dan enam kolej komuniti dengan peruntukan tambahan keseluruhan sebanyak RM1.88 juta.

Peruntukan tambahan ini sebagai usaha mendokong aspirasi Kerajaan Madani bagi menyediakan fasiliti dan ekosistem pendidikan yang kondusif serta berkualiti untuk melahirkan bakat-bakat terbaik negara.

Selain aspek pembangunan, Zambry turut berkesempatan meluangkan masa mendekati warga menerusi beberapa sesi libat urus dan program yang melibatkan kepimpinan tertinggi kementerian dan pemegang taruh lain.

Beliau turut melakukan tinjauan dan pemantauan fasiliti-fasiliti kemudahan dan kolej kediaman serta turut menginap di kolej kediaman pelajar untuk merasai pengalaman ‘kembali ke kampus’ bersama kepimpinan tertinggi kementerian yang lain.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi libat urus bersama warga IPT, ‘Bicara Santai DocZam’, ‘Bedah Buku Bersama DocZam’, program rewang penyediaan juadah, dan aktiviti riadah.

Dalam usaha untuk menghidupkan amalan sunnah Rasulullah SAW dan mengeratkan ukhuwah sesama warga, menteri dan pengurusan tertinggi kementerian turut berkesempatan untuk menjamah hidangan secara berkumpulan secara bertalam serta aktiviti Qiamullail.

Selain itu, sesi libat urus turut melibatkan IPT Swasta bagi tujuan memperkukuh sistem pendidikan tinggi negara.

Program Semarak Kampus Madani akan meneruskan jelajah ke 15 zon lain dengan pengisian dan program yang berimpak tinggi menerusi penglibatan IPT awam dan swasta serta komuniti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast