Sisa-sisa usia digunakan oleh sekumpulan ibu tunggal bagi mendalami dan melengkapkan ilmu agama di pusat pengajian Darul Ilmi selama dua tahun. Satu-satunya pusat pengajian ala pondok yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk warga emas, tanah dan bangunan pusat pengajian ini merupakan harta yang diwakafkan oleh orang Islam demi mendapat keredaan Allah.