KLANG – Sepasang suami isteri berusia 32 dan 35 tahun ditahan polis kerana memiliki dadah pelbagai jenis dengan berat keseluruhan berjumlah 2.074 kilogram dalam serbuan di sebuah rumah, di sini, 29 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Cha Hoong Fong berkata, dalam serbuan kira-kira jam 2.20 pagi itu, polis merampas ketulan mampat dadah disyaki jenis ganja seberat 1.084 kilogram.
“Polis juga menemui 15 paket plastik lutsinar dadah disyaki jenis syabu seberat 197 gram, 600 paket plastik lutsinar dadah disyaki jenis heroin (793g).
“Turur dirampas penimbang digital serta plastik pembungkusan saiz kecil dan sejumlah wang tunai bercampur-campur,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, di sini, hari ini.
Hoong Chong berkata, hasil ujian saringan awal urin ke atas kedua-dua suspek mendapati negatif.
Beliau berkata, pasangan suami isteri itu direman dari 1 hingga 8 Mac dan telah dituduh pada 7 Mac 2024 di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Hasil maklumat risikan, pihak polis percaya dadah-dadah tersebut adalah untuk pasaran tempatan di sekitar kawasan Klang,” katanya. – MalaysiaGazette