Datuk Badli Shah Aluaddin menggunakan alatan teknologi tinggi milik JUPEM sebagai Celestron bagi melihat anak bulan dalam proses cerapan hilal di Menara 188 hari ini

KUANTAN – Menara 188 Kuantan dengan rasminya kini menjadi lokasi baharu tapak mencerap hilal Ramadan menggantikan Stesen Pemancar Bukit Pelindung, bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Seri Dr. Zulkiple Al- Hafiz berkata, lokasi tersebut telah digunakan sebagai tapak kajian selama tiga tahun lalu sebelum diwartakan pada Januari tahun ini.

“Sebanyak tiga lokasi melihat anak bulan di Pahang, lokasi ketiga di sini (Menara 188) dilakukan oleh pasukan falak selain di Bukit Tanjong Batu, Nenasi; di Pekan dan di Gunung Berincang, Cameron Highlands

“Proses mencerap anak bulan dilakukan selepas waktu Asar tadi dan akan tunggu sehingga tergelam matahari.

“Kemudian selepas terbenam matahari masuk waktu Maghrib, sekitar 10 hingga 15 minit waktu berakhir selepas matahari tenggelam sepenuhnya,” katanya.

Hadir sama pada proses melihat anak bulan di Menara 188 hari ini ialah Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin bersama dengan bantuan kepakaran pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Tahun ini tarikh melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada ini 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah di 29 lokasi mencerap di seluruh negara.

Di Malaysia, proses rukyah dan cerapan hilal bagi menentukan tarikh berpuasa dan telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dengan menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Lazimnya, tepat pada jam 8 malam Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui siaran radio dan televisyen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.