KUALA LUMPUR – Para penggemar ikan sungai boleh menikmati hidangan itu sebagai juadah berbuka puasa.
Sempena bulan Ramadan bermula hari ini, Restoran Anjung Patin Ville yang terletak di No. 51, Lorong Khatib Koyan, Jalan Kampung Baru menyajikan hidangan masakan lauk-lauk kampung dan ikan sungai dengan harga cukup berbaloi.
Terkenal dengan masakan ikan sungai yang segar dari Pahang, Anjung Patinville pasti tidak akan menghampakan setiap pengunjungnya.
Anjung Patin Ville menyediakan menu ala carte di dalam suasana rumah perkampungan yang terletak di tengah-tengah ibu kota.
Antara hidangan warisan yang disediakan di Anjung Patinville adalah ikan patin masak tempoyak, ikan baung masak lemak, timun taucu, ayam kampung goreng dan sambal, ikan kerai goreng, pelbagai jenis kerabu, pelbagai masakan udang galah, siput sedut, gulai lemak pucuk ubi, ikan pekasam dan banyak lagi yang boleh ditempah mengikut selera pelanggan.
Lauk pauk yang disediakan di restoran tersebut juga dipadukan dengan pelbagai jenis sambal dan ulam ulaman yang pastinya menambat hati sesiapa sahaja yang datang ke Restoran Anjung Patin Ville.
Anjung Patin Ville bukan sahaja menjadi pilihan orang kenamaan seperti menteri bahkan ia turut dikunjungi orang kebanyakan.
Restoran tersebut juga pernah menjadi lokasi makan tengahari bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika rombongan pemimpin negara jiran itu ke Malaysia pada tahun lepas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut sama menemani Joko untuk menikmati makan tengahari di restoran yang sama.
Bagi mereka yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi pemilik restoran berkenaan Hishamuddin Hamzah di talian 019-607 6737.
Untuk sepanjang bulan Ramadan ini Hishamuddin atau lebih mesra dengan panggilan Hisham memaklumkan tempahan perlulah dibuat sebelum pukul 5.30 petang.
Pelanggan juga boleh membuat tempahan dengan menggunakan khidmat penghantar makanan ataupun pihak restoran namun ia bergantung kepada kuantiti tempahan yang dibuat. – MalaysiaGazette