Mohamed Khaled Nordin.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan memaklumkan program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) mungkin tidak akan melibatkan pelajar sekolah jika dilaksanakan kembali kelak.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara tersebut bagaimanapun masih dalam pertimbangan untuk disesuaian dengan kadar umur peserta.

“Ia (PLKN 3.0) mungkin tidak akan (It may not involve those who are in schools) melibatkan pelajar yang masih bersekolah, mungkin (dilaksanakan) selepas sekolah dan yang nak masuk universiti.

“Itu semua kita sedang timbang. Kita ambil perhatian semua kebimbangan tersebut untuk kita sesuaikan ikut umur, kita masih belum muktamadkan,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, program tersebut tidak akan dilaksanakan tahun ini dan hanya dijadualkan akan bermula semula tahun hadapan.

“(Projek rintis) Tidak, kita belum muktamadkan, masih berunding ada dua komponen satu kenegaraan dan satu lagi ketenteraan.

“Korikulum untuk kenegaraan akan dibincang bersama KPT kerana ada eleman perpaduan dalam masyarakat dan aspek ketenteraan akan dibuat oleh Kementerian Pertahanan. Kita masih berunding, tidak mungkin dibuat tahun ini tahun hadapan,” katanya lagi.

Program PLKN 3.0 akan berasaskan 80 peratus latihan ketenteraan dan 20 peratus lagi (unsur) kenegaraan.

Sebelum ini, Khaled berkata, kerajaan sedang dalam proses untuk memuktamadkan modul PLKN 3.0 yang dijangka bermula seawal tahun hadapan.

Khaled berkata, antara aspek yang dinilai ialah kurikulum, pelaksanaan dan usaha antara agensi yang boleh membantu memantapkan program berkenaan.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk melaksanakan semula PLKN setelah ditangguhkan lebih lima tahun dan program itu akan dijalankan di 13 kem Rejimen Askar Wataniah serta Pusat Latihan Polis (Pulapol) di seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast