Dr. Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dirujuk ke Jabatan Kecemasan pagi tadi kerana disyaki mengalami gejala renal colic.

Bagaimanapun Dr Dzulkefly kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan, demikian maklum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan hari ini.

“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” katanya. – MalaysiaGazette