Foto seorang kanak-kanak di Gaza yang kekurangan zat berikutan tidak mendapat makanan yang mencukupi.

WASHINGTON – Empat buah kapal tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah berlepas dalam misi untuk membina jeti sementara di Gaza.

Jurucakap Pentagon Mejar Jeneral Pat Ryder berkata, kapal-kapal tersebut berlepas dari Virginia pada Selasa.

“Hari ini, Jabatan Pertahanan mengerahkan empat kapal Tentera AS dari Pangkalan Bersama Langley-Eustis ke Mediterranean Timur bagi menyokong operasi bantuan kemanusiaan di Gaza dan misi membina jeti sementara,” katanya dalam satu sidang media.

Beliau menambah, jeti itu dijangka beroperasi sepenuhnya kira-kira 60 hari, yang akan dapat memudahkan penghantaran sehingga 2 juta makanan setiap hari.

Saksi mengesahkan bahawa jentera berat sedang beroperasi berhampiran kawasan Al-Baydar yang ditawan oleh tentera Israel.

Sebelum ini Presiden AS Joe Biden dalam ucapan minggu lalu mengumumkan pembinaan jeti di Gaza kerana Israel telah menyekat laluan darat ke wilayah itu dan memperlahankan aliran bantuan.

Media antarabangsa melaporkan penduduk Gaza kini sedangan dalam kebuluran terutama di bahagian utara berikutan sekatan yang dilakukan Israel dengan kematian berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Lebih 30,000 maut di Gaza dalam serangan lebih 150 hari oleh tentera Israel sejeka Oktober tahun lalu.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast