CPTPP Anwar
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, Fahmi Fadzil cuba melarikan diri daripada menjawab soalan berhubung penggubalan Kod Etika Wartawan pada sesi Dewan Rakyat, kelmarin.

Beliau turut mendakwa, Menteri Komunikasi itu cuba menukar tajuk dengan mengulangi apa yang beliau sudah pernah katakan di luar Dewan Rakyat mengenai kad perakuan media bukan lesen untuk menjadi wartawan.

“Ini bukan soalan yang saya tanya. Fahmi tak mahu beri jaminan untuk meletakkan kod etika ini di bawah seliaan Majlis Media Malaysia apabila ditubuhkan nanti seperti yang saya minta.

“Fahmi juga tak mahu beri jaminan bahawa proses pengeluaran kad perakuan media akan dibuat secara adil.

“Semua ini memberi bayangan betapa Fahmi tidak faham dan tidak menghadami kebimbangan yang begitu banyak disuarakan di kalangan pengamal media.

“Inilah masalahnya apabila seorang yang tidak kompeten diletak sebagai menteri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Wan Saiful lagi, rakyat dan pengamal media ada hak untuk bimbang mengenai kebebasan media negara ini.

Dakwanya, kerajaan ketika ini secara terang-terangan cuba menyekat kebebasan aktivis media sosial.

“Dengan kod etika ini, kerajaan yang suka mengongkong ini boleh menyekat kebebasan media tradisional juga.

“Tidak ada nilai jika Fahmi mengulang cerita apa yang dia pernah buat dulu. Sebab seluruh dunia tahu bagaimana PH (Pakatan Harapan) menabur janji bulan dan bintang semasa memburu kuasa dan takhta. Itu dulu. Semua janji PH adalah sembang kosong.

“Yang penting ialah apa yang dibuat sekarang. Rakyat semakin nampak bahawa dulu mereka hanya berlakon sebagai pejuang kebebasan bersuara. Tetapi, sekarang apabila sudah dapat harta dan takhta, merekalah yang membunuh kebebasan bersuara dan kebebasan media,” katanya.

Terdahulu, dalam kenyataan sama, Wan Saiful berkata, Kod Etika Wartawan yang diumumkan pada 20 Februari lalu menerima banyak kritikan kerana ia membuka ruang untuk kerajaan lebih mengongkong kebebasan media dan ia juga bertentangan dengan usaha mewujudkan “peraturan kendiri” dalam industri media. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast