Foto IG Shahz Jaszle.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Shahz Jaszle sanggup berusaha menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram (kg) hanya dalam tempoh 23 hari demi tuntutan watak dalam filem terbarunya.

Menurut Shahz atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 35, watak utama dalam filem Mayang sebagai pelajar universiti menyebabkannya mengamalkan diet human chorionic gonadotropin (HCG) dengan hanya mengambil 500 nilai kalori sehari sepanjang tempoh tersebut.

Jelasnya, ini kerana dia perlu kelihatan cergas, berpernampilan muda dan segar dalam filem arahan pengarah dari India itu walaupun mengakui  seorang yang kuat makan.

Namun bapa kepada seorang anak ini akhirnya nekad untuk mengubah gaya hidupnya itu dengan mengamalkan disiplin.

“Saya baru selesai penggambaran filem Mayang yang memegang watak sebagai Adam dan memerlukan fizikal dan penampilan yang nampak muda serta slim.

“Di Malaysia ini, kalau dapat tawaran lagi sebulan dua baru tahu dan kita tidak ada masa lama untuk buat persediaan.

“Ini kerana pada masa akan menjalani rutin normal dan sebab itu saya perlu bantuan diet untuk kembali fit dalam sebulan di mana saya hilang 10 kg dalam masa 23 hari iaitu paling cepat pernah buat,” katanya.

Shahz Jaszle pernah mencecah berat 86 kilogram.

Shahz Jaszle sebelum ini pernal tular apabila berat badannya pernah mencecah sehingga 86 kg berbanding langsing pada awal kemunculan dalam dunia seni.

Sementara itu, diet HCG ialah diet program yang perlu makan hanya 500 kalori sehari sahaja untuk menurunkan berat badan dalam tempoh yang cepat.

Diet itu memerlukan individu disuntik dengan hormom HCG bagi meningkatkan metabolisme dan kehilangan lemak tanpa menyebabkan rasa lapar.

Mengulas lanjut, Shahz Jaszle berkata, diet HCG yang diamalkannya itu dipantau oleh klinik bertauliah selepas mendapat taklimat dan nasihat sebelum ini.

“Saya bersyukur Klinik Idealyst banyak membantu dalam tempoh sebulan menurunkan berat badan dan mereka tahu bentuk badan bagaimana yang saya mahukan.

“Bagi memastikan penurunan berat badan saya nampak sihat dan sempurna saya juga mendapat rawatan menggunakan mesin dikenali EMS Wondersculpt di mana untuk membina otot-otot terpilih agar bentuk lebih mantap di mana kekuatan otot akan semakin bergandam,” katanya yang bersyukur dengan tajaan kedua-dua program itu oleh Klinik Idealyst. – MalaysiaGazette

Shahz Jaslze baru selesai penggambaran filem Mayang yang memegang watak Adam sebagai pelajar kolej.