ACP Noor Dellhan Yahaya

KUALA LUMPUR – Lima individu telah dirakam percakapan hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua yang dipanggil merupakan ahli keluarga dan beberapa rakan Siti Dhia Batrisyia.

“Kanak-kanak itu belum lagi ditemukan dan pencarian sedang diteruskan,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, ibu kepada Siti Dhia Batrisyia percaya anak perempuannya bertindak keluar dari rumah di Pudu, di sini disebabkan perselisihan faham.

Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata kali terakhir dia bersama anaknya itu pada kira-kira 4 petang Selasa di kediaman mereka. – BERNAMA

Ibu risau Dhia hilang sejak Selasa lalu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apakah didikan yg cukup telah diberi. atau memang spesis yg tak boleh ditegur..orang tua kata BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUEHNYA.

Comments are closed.