KUALA LUMPUR – Sebuah Toyota Alphard terjunam ke dalam Sungai Ulu Sedili di KM81.0 Jalan Johor Bahru-Mersing petang semalam selepas pemandunya terbabas.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, polis menerima maklumat itu jam 4.24 petang.
Ketika kejadian, MPV itu dipandu oleh seorang lelaki, pemandu pelancong warga negara Singapura yang dalam perjalanan dari arah Mersing ke Johor Bahru.
Dalam kejadian itu, pemandu berkenaan cedera di bahagian jantung dan masih tidak sedarkan diri ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.
Hussin berkata, punca nahas masih disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette