Seorang warga emas OKU ditinggalkan di hadapan pagar di sebuah rumah kebajikan orang tua hari ini

KUANTAN – Tindakan meninggalkan seorang ayah yang berkerusi roda di pintu paga Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai, Taman Tas pagi tadi merupakan perbuatan tidak berhati perut.

Pengurus rumah kebajikan terbabit, Mohamad Fauzi Ramli, hanya menyedari kehadiran lelaki berusia 72 tahun pada jam 11 pagi ketika pulang membeli barang dari kedai runcit.

Menurutnya, lelaki tersebut ditinggalkan dalam keadaan cuaca yang panas tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan rumah kebajikan itu.

“Semasa balik (daripada beli barang) tengok dah ada pakcik ni duduk depan pagar.

“Pakcik macam tak ingat sebab kejap beritahu anak, kejap beritahu kawan yang hantar ke mari,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Difahamkan warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) itu dihantar oleh individu dengan sebuah kereta.

Fauzi yang kesal dengan insiden yang berlaku pada bulan bulan mulia ini berkata, seharusnya individu berkenaan berhubung atau berjumpa dengan pihak pengurusan terlebih dahulu sebelum menyerahkan lelaki tersebut.

Beliau yang sudah menguruskan rumah kebajikan warga emas untuk elaki selama 12 tahun cuba mencari maklumat mengenai warga emas berkenaan.

“Pakcik memberitahu anak dia suruh tunggu, nanti dia ambil semula, katanya nak pergi kedai sekejap.

“Lalu saya menjawab kepadanya, pakcik tak payah percayalah, sandiwara sahaja,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast