Abdullah Husin
Abdullah Husin

KUALA LUMPUR – Pas Johor mendesak pihak berwajib supaya sentiasa berwaspada dan bertindak tegas terhadap isu-isu sensitif melibatkan agama Islam kerana ia boleh mengancam ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.

Pesuruhjaya Badan Perhubungannya, Abdullah Husin berkata, jika dibiarkan ia boleh menjadi satu perbuatan yang jauh menyimpang daripada tamadun dan kemanusiaan.

“Umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan berita yang tular stoking tertulis nama Allah. Isu seumpama ini telah kerap kali berlaku yang mana apabila ia tular sahaja akan diikuti permohonan maaf.

“Polemik ini pastinya akan melukakan hati orang-orang yang beriman di mana ianya melibatkan nama Allah, lebih-lebih lagi ia berlaku pada bulan Ramadan yang mulia, bulan yang diberkati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdullah, apa yang berlaku secara tidak langsung menunjukkan pihak terlibat tidak prihatin terhadap barangan atau produk yang ingin dipasarkan.

“Sikap pihak terbabit yang mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka adalah dipuji.

“Namun, sikap kurang teliti dan kecuaian amatlah dikesali dan tidak boleh dibiarkan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast