Amad Diallo. Foto Eurosports.

LONDON – Pemain muda Manchester United, Amad Diallo meluahkan kegembiraannya kerana berjaya menjaringkan gol kemenangan yang telah berjaya membawa kelabnya mara ke separuh akhir Piala Fa.

Dalam pada masa yang sama pemain berusia 21 tahun itu mengakui perasaannya bercampur baur ketika menjaringkan gol sehingga terlupa mengenai layangan kad kuning pertama yang telah diterimanya.

“Perlawanan yang hebat. Ini adalah detik yang sangat penting, jadi saya fikir ini adalah gol terbaik dalam karier saya”.

“Saya terlupa kad kuning pertama yang telah dilayangkan jadi apabila saya menerima hukuman kad merah sudah tentu saya sangat kecewa.

“Tetapi menurut saya perkara yang paling penting ialah untuk menang menentang pasukan besar seperti Liverpool dan sudah tentu ini adalah detik yang sangat hebat untuk saya,” ujarnya seperti di laporkan dari Daily Mail.

Amad Diallo tuurt dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan tersebut.

Pemain kelahiran Ivory Coast itu dimasukkan pada minit ke-85 perlawanan dan menyumbat gol kemenangan United untuk memastikan Liverpool berputih mata sekaligus tersingkir dari saingan Piala FA edisi ke 143.

Sementara itu, Amad mengakui berpuasa pada perlawanan itu walaupun ia bukannya mudah untuk beraksi.

“Apabila anda berpuasa tetapi anda perlu percaya pada diri sendiri. Saya berpuasa untuk Allah jadi saya sangat gembira untuk berpuasa. Saya mahu berjuang untuk pasukan jika saya berada di atas padang jadi terima kasih Tuhan semua ini”.

“Kami bermain menentang Coventry? (perlawanan separuh akhir Piala FA). Saya akan bertemu dengan bekas rakan sepasukan saya Ellis Simms. Kami bermain bersama-sama di Sunderland musim lalu,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast