Wednesday, December 4, 2024
Home Nasional Had laju kekal 110 kilometer km/j

Had laju kekal 110 kilometer km/j

Anthony Loke
Anthony Loke
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk meningkatkan had laju di negara ini dan ai kekal 110 kilometer sejam (km/j).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bidang kuasa untuk menetapkan had laju itu adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya.
“Buat masa ini, Kementerian Pengangkutan dan kerajaan secara amnya, belum bercadang untuk meningkatkan had laju dan masih ditetapkan kekal 110km/j.
“Untuk makluman, bidang kuasa untuk menetapkan had laju ini bukannya di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) semasa sesi Pertanyaan Menteri-menteri, mengenai statistik kesalahan melanggar kamera perangkap had laju di seluruh negara dan adakah kementerian bercadang menaikkan had laju kepada 120km/j.
Sementara itu, Loke menambah, sebanyak 556,055 notis telah dikeluarkan pada tahun 2023 bagi kesalahan melebihi had laju melibatkan Kamera-Kamera Perangkap Had Laju (AwAS) di seluruh negara.
“Lokasi yang telah merekodkan ramai pemandu melebihi had laju adalah di KM382.8 Lebuhraya PLUS–Behrang, Perak (Arah Selatan) iaitu 98,911 notis telah dikeluarkan di antara bulan Jun hingga Disember 2023,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast