Foto IG Mohd. Rifdean Masdor.

KUALA LUMPUR – Atlet muay thai negara, Mohd. Rifdean Masdor mencipta sejarah apabila melakar kemenangan bergaya pada penampilan sulungnya dalam ONE Championship di Bangkok, Thailand, malam tadi.

Rifdean hanya memerlukan kurang 90 saat bagi menumbangkan lawannya dari Thailand, Pichai Lookbanmai menerusi Technical Knockout (TKO) dalam pertarungan ONE Friday Fights 56 di Stadium Tinju Lumpinee.

Kemenangan itu membolehkan Rifdean yang mewakili pasukan Sor Sommai membawa pulang bonus sebanyak 350,000 baht (RM45,700).

Walaupun ia adalah penampilan sulungnya, Rifdean tidak menunjukkan rasa gentar apabila melancarkan serangan bertali arus ke atas Pichai sekali gus menyukarkan lawan berkenaan sukar untuk membalasnya.

Sebelum ini, Rifdean yang pernah tiga kali muncul juara dunia kategori umur bawah 23 tahun. – MalaysiaGazette

Foto IG Mohd. Rifdean Masdor.