Attar Azim Syukran Jamil (tengah) ketika menerima kunjungan Salbiah Mohamed dan pegawai Perkeso di Felda Trolak.

KUALA LUMPUR – Waris tunggal yang terselamat daripada kemalangan maut melibatkan pasangan suami isteri serta dua lagi anaknya pada 2 Mac lalu, layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita & Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed
berkata, ibu dan bapa Attar Azim Syukran Jamil, 9, mempunyai caruman sekali gus melayakkan warisnya menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Pencen Penakat.

“Beliau layak menerima FPM bernilai RM4,000 secara sekali bayar di atas permergian kedua ibu bapanya serta Faedah Pencen Penakat RM1,585 setiap bulan sehingga
berumur 21 tahun atau sehingga tamat pengajian ijazah pertama.

“Skuad Perkeso Prihatin Tapah juga memaklumkan adik Attar akan didaftarkan sebagai ahli Program Prihatin Keluarga Angkat (PROTEK) Perkeso membolehkan dia gus menjadi
anak angkat pertubuhan itu,” katanya.

Empat ahli keluarga Attar Azim iaitu Syukran Jamil Ab Hamid, 35, Noor Aishah Razali, 35, Ahya Rafiqi,6 dan Lufya Adeena, 1 tahun terbabit kemalangan di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu – Gua Musang dekat Kampung Pahi kira-kira pukul 1.40 petang serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Attar yang kini tinggal bersama datuk dan nenek sebelah ayahnya di Felda Trolak. – MalaysiaGazette