Wan Rosdy Wan Ismail menyerrahkan pembayaran ikewangan sebanyak RM21.4 kepada ahli Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) hari ini

KUANTAN – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) mengagihkan keuntungan unit ladang sebanyak RM4,500 per unit kepada 1,411 ahlinya.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembayaran itu kewangan sebanyak RM21.4 juta akan diagihkan hari ini.

“Semua ahli KOSMA yang layak akan  menerima keuntungan unit ladang itu. Pembayaran  akan dikreditkan ke akaun bank ahli bermula pada Jumaat.

“Pendapatan hasil buah tandan baru (BTB) berkurangan sebanyak 34.23 peratus berbanding tahun sebelumnya, namun ia masih dalam keadaan memuaskan berbanding prestasi syarikat lain,” katanya.

Sebahagian daripada Ahli Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) bersama Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Pejabat KOSMA hari ini

Wan Rosdy berkata demikian ketika sidang media pengagihan bayaran keuntungan unit saham ladang KOSMA di Kuantan pada hari ini turut dihadiri Pengerusi KOSMA, Datuk Zamri Mohamad.

Menurut Wan Rosdy, pada tahun lalu, KOSMA memperoleh hasil jualan BTS sebanyak RM156 juta berbanding tahun 2022  sebanyak RM237 juta.

Justeru, katanya, keuntungan bersih dapat dibahagikan dalam bentuk unit ladang kepada seluruh ahli KOSMA juta merosot sebanyak 41.45 peratus pada tahun ini.

Dalam pada itu Wan Rosdy memaklumkan pembayaran dividen modal syer kepada ahli akan dibuat selepas bulan Mei depan.

KOSMA akan membayar kepada ahli tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Kali  Ke-39 pada 25 Mei ini serta bergantung kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. – MalaysiaGazette