Dalam serbuan itu seramai 42 warga asing telah ditahan.

JOHOR BAHRU – Sebuah premis rumah kedai yang menjalankan perniagaan tanpa lesen memproses dan membungkus keropok ikan dan menggajikan pekerja asing tanpa permit diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam OPS Mahir dan OPS Sapu semalam.

Pengarah JIM, Baharuddin Tahir memberitahu, operasi dilakukan di kawasan Hotspot sekitar Taman Desa Cemerlang kira-kira 12.30 pagi.

Dalam serbuan itu seramai 42 warga asing telah ditahan.

“Hasil siasatan kami (JIM) perusahaan yang membungkus keropok ikan itu diimport dari negara Thailand. Lapan lelaki warga Thailand ditahan kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 11 (7) (a) Paraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baharuddin juga berkata, dalam serbuan berasingan seramai 13 lelaki dan tujuh perempuan warga Myanmar, empat lelaki Bangladesh, enam warga Indonesia, dua lelaki dan seorang perempuan warga India dan seorang lelaki warga Pakistan ditahan juga ditahan.

Mereka ini ditahan kerana melakukan kesalahan dibawah Seksyen 6 (1) (c)  Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak mempunyai dokumen sah untuk berada di Malaysia.

Kesemua mereka juga didakwa melakukan kesalahan Akta Imigresen 1959 / 63 atau (AKTA 155) kerana tinggal lebih masa.

JIM juga mengingatkan kepada majikan JIM tidak akan bertolak ansur sekiranya mereka didapati menggajikan atau melindungi PATI tanpa lesen.- MalaysiaGazette