Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah meninjau keadaan air Sungai Pahang yang surut. Foto FB Kesultanan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang menitahkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang agar semua masjid di negeri itu melaksanakan Solat Istisqa memohon diturunkan hujan.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah mahu majlis agama mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat.

Dalam satu kenyataan, baginda sendiri telah meninjau paras air Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El-Nino tempohari.

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menasihatkan rakyat Pahang meminum air secukupnya selepas berbuka puasa selain mengehadkan aktiviti luar.

Baginda juga menasihatkan rakyat agar berjimat dalam penggunaan air dan berjumpa doktor sekiranya mengalami penyakit berkaitan. – MalaysiaGazette