Permohonan kewarganegaraan ambil masa setahun selepas perlembagaan dipinda
Menurut beliau, pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan undang-undang kewarganegaraan telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada hari ini.
Saya tiada masalah dengan Sanusi – Saifuddin
Cuma di peringkat jawatankuasa pembangunan negeri, saya mewakili persekutuan, dia sebagai menteri besar, pengerusi bersama. - Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Majlis Keselamatan PBB lulus resolusi gencatan senjata di Gaza, AS berkecuali
Resolusi yang dicadangkan oleh wakil Mozambique telah diluluskan oleh 14 negara ahli.
Stoking tertera kalimah Allah: Dua syarikat termasuk KK Mart didakwa esok
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan malam ini memaklumkan pendakwaan akan dilakukan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang Islam dengan cara mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran bagi tujuan jualan.
Jualan tiket ETS KTMB Aidilfitri: Lebih 80 peratus telah dijual
Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob berkata, bagi tiket ETS tambahan pula, sebanyak 37 peratus daripada keseluruhan 15,120 tiket yang ditawarkan telah dijual.
Subsidi RM600 tiket penerbangan bagi pelajar IPT Sabah di Semenanjung, Sarawak dan Labuan –...
Bagaimanapun maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkaitan. - Datuk Seri Hajiji Noor.
Payo Campsite tarikan baharu agro pelancongan Negeri Sembilan – Noorzunita
Payo Campsite di Kampung Renggoh, Johol di sini berpotensi dijadikan sebagai destinasi agro pelancongan, bukan sahaja kerana tapak perkhemahanya, bahkan sesuai dijadikan hub produk industri kecil dan sederhana (IKS) di Negeri Sembilan.
SPRM tahan reman pengarah agensi penguatkuasaan terima rasuah lindungi aktiviti haram
Hasil penahanan ke atas suspek utama, SPRM turut menyerbu kediamannya di Klang, Selangor dan menemui sejumlah wang bernilai RM100,000 dipercayai sebahagian daripada hasil suapan tersebut.
Jangan ambil tindakan undang-undang di tangan sendiri – Saifuddin
Saifuddin berkata, Malaysia mempunyai undang-undang untuk mengekang segala jenayah dan ancaman.
NACCOL gesa kawal selia padi dan beras segera edar beras putih tempatan
Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata berdasarkan tinjauan pihaknya melalui Pasukan Penggerak MADANI, hanya sebilangan kecil pasar raya yang mempunyai bekalan beras putih tempatan.

















