PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri tidak akan membenarkan mana-mana pihak bertindak emosi melulu dengan memgambil tindakan di tangan sendiri.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan tersebut hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Kerajaan tidak membenarkan mana mana pihak mengambil undang-undang di tangan sendiri untuk bertindak dalam sesuatu isu.
“Bayangkan sekiranya kita membenarkan orang bertindak sendiri membatasi undang-undang apa akan jadi pada negara kita nanti?,” katanya pada Majlis Perjumpaan Khas Menteri Dalam Negeri bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan, Agensi dan Pengamal Media 2024, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ancaman yang diterima dua individu yang mengulas tentang isu stoking tertera kalimah Allah dalam media sosial baru-baru ini.
Saifuddin berkata, Malaysia mempunyai undang-undang untuk mengekang segala jenayah dan ancaman. – MalaysiaGazette